Ucapan Yang DiPertua SMPI 07/08, Ismail Majelis


    Sahabat seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian..

    Alhamdulillah, di atas usahasama dari semua pihak beberapa pembaharuan telah cuba dilakukan oleh pihak kami demi menghidupkan SMPI 07/08. Antaranya membina laman blog khas iaitu lamansmpi07/08, penerbitan risalah lisanul hakim, dan pembaharuan logo yang InsyaAllah akan diseragamkan sehingga ke tahun-tahun berikutnya. Walaupun terdapat elemen streotaip tetapi yang penting disini pengisian dan penglibatan setiap ahli yang terlibat.

    Saya teringat kata-kata seorang ustaz, ketika mendengar ceramah yang diberikan oleh beliau yang memetik kata-kata Dr Yusuf Qaradhawi iaitu umat islam sebenarnya mempunyai tiga kekuatan atau kelebihan berbanding umat lain yang tidak disedari secara hakiki oleh kita sendiri. Tiga kekuatan atau kelebihan yang dimaksudkan adalah Kekuatan aqidah, Zuriat yang ramai dan Hasil yang banyak.
    Kekuatan aqidah umat islam boleh dilihat semasa zaman nabi s.a.w contohnya Perang Badar di mana 313 orang melawan 1000 orang kafir Musyrik. Walaupun berjumlah sedikit tetapi mereka mampu melawan bilangan yang ramai kerana keteguhan aqidah ini meyakinkan mereka bahawa syahid itu mulia dan setiap janji Allah itu benar. Di sini, bukanlah saya mengajak kawan-kawan sehingga berperang tetapi melihat kondisi persekitaran di mana kita lihat budaya barat yang telah mempengaruhi masyarakat Islam di seluruh dunia. Kita tewas dengan 3S (sport, sex, sing) yang dirancang oleh musuh Islam yang menyerang dan menjangkiti umat islam sehingga aqidah kita luntur dek masa dan zaman.

    Kekuatan kedua ini terbukti bila kita lihat Allah mengurniakan umat Islam mempunyai zuriat yang ramai. Kenapa umat yang ramai? Ya, Allah mengurniakan kita umat yang ramai supaya kita mampu bersatu membentuk jemaah yang kuat. Ini kerana secara logiknya jumlah yang ramai adalah satu kelebihan berbanding jumlah yang sedikit. Tetapi, adakah umat Islam memanfaatkan jumlah yang ramai ini atau adakah jumlah ramai menjadikan kita semakin berpecah-belah. Tepuk dada tanya diri sendiri, anda sendiri pasti ada jawapannya.

    Kekuatan ketiga adalah hasil bumi yang banyak. Malaysia umpamanya, negara yang majoritinya umat Islam mempunyai tanah pamah yang subur dan hasil galian yang banyak dan kalau diluar negara Qatar yang kaya dengan minyaknya. Kita boleh bandingkan dengan Jepun yang agak kurang atau negara-negara yang bukan negara islam yang lain. Hasil mahsul adalah pemberian tuhan yang mana bertujuan menjana ekonomi umat islam, tetapi adakah umat islam mampu mengeksploitasi hasil yang bukan boleh dicipta oleh manusia ini sebaiknya?

    Sahabat sekalian,
    SMPI merupakan jumlah teramai di Akademi Pengajian Islam, tetapi bilangan yang ramai ini tidak menjadi satu kelebihan seandainya kita tidak mempamerkan kualiti diri. Apa yang diharapkan di sini adalah agar kita semua mampu bersatu dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita.

    Salam Perjuangan Buat Semua.. :P
    Sekian,wassalam.


    0 Responses

Dengarkan Nasyid Fm