Program yang berlangsung lebih kurang setengah hari ini bermula kira-kira jam 8.30 p agi dan berakhir pa da jam 2.00 petang. pelbagai aktiviti telah berjaya dila ksanakan dan kesemua peserta mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang mencuit hati adalah acara regu, acara mencari gula-gula dalam tepung, tarik tali, dan acara memecahkan belon .
Apa yang lebih menarik adalah apabila kakitangan akademik yang terdiri daripada penyelaras dan pensyarah turut sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancangkan pada Hari Keluarga ini. Walaupun dalam kepenatan menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan, tidak ketinggalan mahasiswa dan mahasiswi SMPI turut merakamkan kenangan dengan bergambar beramai-ramai di Taman yang cukup menarik itu.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara semua penuntut dibawah program SMPI dari tahun 1 hinggalah tahun 4. Oleh itu, dengan berlangsungnya Hari Keluarga SMPI ini, di harapkan akan dilangsungkan pula program rentetan pada masa akan datang agar ukhuwah serta semangat yang di ambil daripada program sebelum ini akan lebih utuh dan bercambah bagi menjadikan SMPI akan terus maju dan mampu melahirkan para pendidik yang lebih dedikasi untuk generasi yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada batch SMPI0708, para pensyarah dan semua yang hadir dalam menjayakan Family Day SMPI 2009.
p/s: Sumber entri daripada blog jurugambar Family Day, saudara Rosmadi
.:: madie0286.blogspot.com ::.

0 Responses